CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 25 November 2008

Anak paus mati tercekik sampah???


PENEMUAN seekor anak ikan paus betina spesies Bryde's Whale yang terdampar di beting pasir Kuala Nenasi, Pekan, baru-baru ini menggemparkan semua pihak kerana mamalia berkenaan dianggap asing di negara ini. Mamalia berwarna hitam dengan ukuran kira-kira 10 meter panjang dan berat lebih tiga tan metrik itu, dipercayai tersesat sebelum ditemui seorang nelayan. Ikan paus berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian muncung dan badan dipercayai tersesat daripada kumpulan antara dua hingga tiga ekor. Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) di Rantau Abang, Terengganu, Mohd Lazim Mohd Saif pula berkata, siasatan awal punca kematian mendapati saluran usus ikan paus berkenaan tersumbat.
Katanya, plastik sampah, segumpal tali nylon dan penutup botol ditemui dalam usus mamalia berkenaan yang dipercayai menyumbat saluran ususnya. "Ikan paus itu mengalami masalah kesihatan agak serius menyebabkan ia lemah dan tidak dapat berenang ke laut walaupun selepas operasi menyelamat dilakukan.

Kesiankan kat anak paus 2 dok ingat makanan rupa-rupanye sampah...ape lah nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni ikut suka suki je nak buang sampah merata-rata tempat...

Rabu, 5 November 2008

PERKAHWINAN MAWI DAN EKIN


ermm..siapa yang tidak kenal akan Mawi artis yang paling popular yang menjadi kegilaan ramai peminat..yang dikatakan hangat akan mendirikan masjid tidak lama lagi dengan pasangan kembar iaitu Ekin...pastinya tarikh sebenar perkahwinan Mawi bersama Ekin ketika ini menjadi bualan hangat peminat dan pihak media massa. Terdengar ura-ura Mawi, Ikin memilih tarikh 20 atau 21 Disember ini, tetapi semua itu sekadar spekulasi pihak media. Selagi Mawi belum membuka mulutnya, tarikh keramat itu terus menjadi tanda tanya..rasa bagaimana lah peminat-peminat mawi kat luar tu ek..hihi kecewa sampai tahap Z ape...dengan perkhabaran akan perkahwinan diaorang tersebut...ape-ape pon same-same lah kite berdoa semoga diaorang bahagia hingga ke anak cucu k..