- LeLaKi AkU -
Aku medengus geram. Apa yang hendak diperkatakan lagi mengenai perangai Megat Naim. Kekasih segera aku yang aku pilih untuk melupakan Emran Razlan,lelaki yang aku cinta separuh mati. Aku mengeluh keletihan. Ada sahaja lagak si Naim mahu mengenakan aku dan menyakitkan hati aku. Ya! Disinilah kebenaran mengenai cinta tidak semuanya indah.
Aku memandang Rehan dengan wajah yang geram. Sebu perut!
Rehan tergelak kecil melihat aku yang menarik muka.
“Gaduh lagi ke Kak Dil?”soalnya dengan senyuman yang masih kelihatan.
Aku mencebik menyampah apabila terpandang frame gambar yang ku letakkan diatas meja kerjaku. Wajah Naim yang tersenyum manis itu aku pandang dengan perasaan yang sebal. Kerjanya menyakitkan hati aku je.
“Hal apa pulak ni? Macam-macam lah Kak Dil ni. Abang Naim tu baik tau. Janganlah asyik nak merajuk je.”ujar Rehan selamba.
Eh! Siapa yang merajuk? Aku tak merajuk lah! Aku sakit hati je.
“Muka Kak Dil ini nampak macam orang merajuk ke?”Duga aku mahu mencari kebenaran pada kata-katanya. Muka yang cemerut ini dia kata merajuk. Gilalah kalau aku merajuk. Macam budak-budak!
Rehan tergelak lagi.
Eh,dia ni..bukan main menggelakkan aku. Tahulah kau bahagia dengan tunang kau. Dalam baik-baik semuanya indah. Cuba kalau berada dalam situasi aku,baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
Sakit hati je!
“Tak adalah..tapi sejak ahkir-ahkir ni muka Kak Dil mesti berubah lepas jumpa abang Naim. Tak kira sekejap ke lama. Sempat nak bertekak.”ulas Rehan.
Aku memandangnya.
Betul ke? Betullah tu. Orang dah perasan perubahan hubungan kami. Butalah kalau aku tidak menyedarinya. Aku sedar kami banyak bertekak daripada berbual berbanding dahulu. Asyik-asyik bergaduh,bergasak dan bergaduh balik!
Aku mengeluh. Badan yang letih ini terdampar di atas katil king yang terdapat di dalam bilik yang aku kongsi bersama Rehan. Rehan yang duduk berpeluk kaki memandang aku menanti comment daripada aku.
“No comment.”jawab aku malas.
Aku mengereng ke kiri. Melarikan wajah ini daripada Rehan yang mencari sinar jawapan daripada raut wajah ini. Pasti Rehan dapat menghidu. Dialah tempat aku meluahkan perasaan daripada dulu. Dia adik,dia sahabat dia juga lawan.
Rehan mengeleng kesal.
“Jangan menyesal sudah. Gaduh ni memangla mengeratkan hubungan tapi gaduh biarlah yang manja-manja. Bukan yang menyakitkan hati kedua-dua pihak. Kak Dil pun ada pengalaman jadi tak payahlah nak pening-pening kepala. Esok settle baik-baik.”pujuk Rehan sambil membaringkan badannya disebelah aku.
**
Panggilan daripada Naim aku biarkan sahaja. Bukan menunjukkan protes dan mogok tetapi aku sedang sibuk menguruskan anak saudara aku yang seorang ini. Ajmi tertawa apabila aku cuba bermain ‘cak cak’ dengannya. Abang Izwan dan Kak Hanim terpaksa ke Jakarta atas arahan daripada Datuk Rahmat oleh itu penjagaan Ajmi diserahkan kepada aku bulat-bulat memandangkan aku mengambil cuti selama seminggu untuk berehat dirumah.
Sekali lagi handphone ini berbunyi.
Aku mengeluh berat. Ajmi aku letakkan di atas tilamnya. Botol susunya aku sumbatkan ke dalam mulutnya. Bersungguh-sungguh aku melihat dia menghisap susunya. Haus barangkali.
“Assalammualaikom Dr.Naim.”ucap aku dahulu memotong suaranya yang sedikit tinggi menegur perbuatan aku yang sengaja menduganya.
Dia menjawab dengan perasaan yang sebal. Tiada apa yang boleh aku bicarakan. Suasana kembali tenang. Tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya dan juga aku.
Ah! Malas nak layan. Makin layan makin gila. Bila gila,sakit hati.
“Dila,you dekat rumah ke?”soalnya yang tiba-tiba itu membuatkan aku mengangguk secara tidak sengaja. Eh! Manalah dia nampak.bisik aku dalam hati. Tangan kiri aku menepuk badan Ajmi yang mula terlena. Penat agaknya.
Aku menelan air liur.
“Rumah. Kenapa?”
Aku mendengar dia mengeluh kecil. Nak mengeluh pulak time call aku. Kalau tak suka tak payah la call. Menyibuk. “You busy ke?”pertanyaannya membuatkan aku tersenyum. Nak buat mukadimah sikit punya panjang. Cakap je la nak datang rumah aku. Alah! Leceh betulla.
“Erm,datang la tapi ayah dan ibu tak ada. Tinggal I, Irfan dan Ajmi.”ujar aku selamba mahu membuka jalan untuknya. Tak payah la menyusahkan diri untuk berterus terang.
Aku pasti dia tersenyum senang. Selepas itu kedengaran dia tergelak kecil. “Boleh ke? Sekejap lagi I sampai. I dekat PAS ni. You nak kirim apa?”
Sudah aku agak yang dia mahu menjenguk aku di rumah. Tak percayakan aku agaknya! “I nak selendang yang kita tengok hari tu.”jawab aku selamba. Dia mungkin memikirkan sesuatu namun aku terus berbicara. “You datang bawa sekali kuih ek. Petang-petang macam ni kalau dapat makan pisang goreng pun okey jugak.”Aku tersenyum panjang selepas memberinya arahan.
Amboi,nak datang rumah bakal ayah dan ibu mertua dengan tangan kosong? Biadap sungguh la.
Aku mendengar nafas Naim yang tenang. “Baik lah sayang. Selendang dan pisang goreng je? Tak nak tambah lagi?”soalnya selamba.
Aku mencebik. Belagak! Macamlah boleh tunaikan kalau aku nak bintang dan bulan. Mana nak dapat bintang dan bulan petang-petang macam ni. “Cukupla tu. Nanti I buat kopi kegemaran you. Ajmi pun dah tidur.”ujar aku lembut.
Tiba-tiba terasa sayang ini menyelebungi perasaan.
Aku mendengar dia tertawa kecil. Apa yang kelakar dengan ayat aku sebentar tadi? Aku cuma cakap pasal kopi,Ajmi dan apa?. Sampaikan dia boleh tergelak disebelah sana. Gila! “Dila, okey la. I nak gerak dah ni. Nak pergi cari selendang you. You jaga anak kita tu baik-baik ye. Jangan garang-garang dengan Ajmi tu. Kesian dia. You nak garang dengan I tak apa.”usiknya
Eh! Dia ni..selamba je. Nak sakitkan hati aku lagi ke?
“Yelah.”jawab aku sepatah sebelum mematikan panggilannya itu.
Lelaki, kau memang yang aku cinta tapi kau juga yang membuatkan aku membencikan kau dalam diam-diam. Cukuplah menyakitkan hati aku. Kenapa setiap perbuatan kau seolah-olah mahu mengejek diri aku? Kenapa aku rasakan sebegitu?
**
Irfan tergelak besar bersama Naim sehinggakan tawa mereka menganggu tidur anak kecil yang berada di hadapan mereka. Aku mengerutkan dahi. Memberi arahan supaya mereka berbual dengan nada yang perlahan. Badan Ajmi aku tepuk perlahan.
Perlahan-lahan Ajmi bergerak menyelesakan dirinya.
Naim memandang aku kemudian tersenyum.
Dalam apa jua keadaan,senyuman milik lelaki ini masih menghantui malam aku. Setenang senyuman itu memberikan aku semangat. Irfan bangun mendapatkan handphonenya yang berbunyi nyaring dari dalam biliknya.
Aku mengeleng geram. Tak boleh nak vibrate ke. Mengacau tidur Ajmi!
Naim mendekatkan dirinya ke arah aku dan Ajmi. Perlahan-lahan ubun-ubun Ajmi dicium penuh berhati-hati. “Kalau anak kita mesti sehensome Ajmi kan.”ujaran Naim membuatkan aku tersentap.
Anak kita? Yelah,ikut gen aku mestilah lawa.usik hati kecil aku.
Aku memandang Naim yang masih merenung Ajmi yang comel dan montel.
“Erm..yelah kut.”jawab aku tidak pasti.
Manalah nak tahu kan. Rezeki Allah.
Naim tersenyum lantas memandang aku tajam. “Kita kahwin nak?”ajaknya selamba.
Aku memandangnya tajam.
Dia ajak aku kahwin ke? Eh! Macam ni ke nak ajak aku kahwin? Depan Ajmi dan tanpa ‘sesuatu’ yang sering orang gunakan untuk melamar. Mana ‘sesuatu’ tu?
“You tengah lamar I ke?”soal aku selamba.
Aku melihat Naim tersenyum. Lelaki,jangan senyum lagi. Kau sengaja nak suruh aku katakan ya hanya kerana panahan senyuman kau ke?
Naim mencapai beg kertas disebelahnya. “Cukup tak kalau melamar you dengan selendang ni. Sebagai pengiringnya,I bawa juga pisang goreng yang you teringin nak makan.”ujarnya penuh serius.
Tiada senyuman pada wajah itu lagi.
Maknanya memang dia tengah melamar aku tanpa ‘sesuatu’ tu? Cis!
Aku sengaja mencebikkan wajah padahal dalam hati ini hanya Allah yang tahu betapa cuaknya perasaan ini. Hisyh! Tak romantic lansung lah dia ni!
“Ayah dan ibu tahu?”tanya aku penuh sangsi.
Naim hanya mengelang.
“Dia orang kena tahu ke?”soalnya kembali.
Aku hanya mengangguk perlahan. Suara pun aku perlahankan kerana tidak mahu menganggu tidur anak kecil dihadapan kami ini. Naim tersenyum. Dia memberikan beg kertas di tangannya.
Naim bangun dari duduknya.
“You fikir masak-masak. I tak paksa you untuk terima I. I tahu kedudukan I tak setanding Emran Razlan dalam hati you.”ujarnya sambil membelakangi aku.
Aku mengeluh. Itu kisah dulu okey! Bukan ke orang yang aku cintai itu Megat Naim. Ada aku cakap Emran Razlan? Itulah,cemburu tak sudah!
“You ni suka mengungkit kisah dulu kan. Nak jugak masukkan nama Emran time melamar I. Nak buat I rasa bersalah ke?”provok aku.
Nak memikirkan perasaan dia je. Dah tu siapa nak kisah perasaan aku? Atuk aku? Sikit-sikit Emran Razlan. Tak pasal-pasal tersedak mamat tu dekat rumah. Asyik ulang tayang nama dia. Nak buat aku marah ke?
Naim menoleh dengan senyum.
Argh! Senyum lagi. Boleh gila kalau asyik terbayangkan dia tersenyum je. Nak marah pun tak jadi. Muka sikit punya suci.
“I tak suka dia.”jawab Naim perlahan.
Matanya mencari kelibat Irfan tetapi adik lelaki aku tidak kelihatan. Bergayut la tu. Lama sangat dalam bilik. Awek memanjang. Mengatal!
Aku tersenyum sinis. “Dah la. Memang hati ini ada lagi rasa sayang tapi sayang je la. Emran kawan baik I dan kenyataan tu akan kekal sampai bila-bila sama ada you suka atau tidak. Penatla kalau you asyik nak ungkitkan hal Emran ni. Berbuih la mulut nak jawab prasangka negetif you pada hubungan I dengan dia.”ujar aku mempertahankan diri.
Aktiviti melamar terhenti dengan pertelingkahan kecil kami. Tengok.! Baru je jumpa sekejap tapi hati dah panas dengan lelaki ini. Naim,Naim,Naim! Kau buat aku rasa nak larikan diri. Naim terdiam. Dia perlu sedar. Tiada lagi harapan aku untuk bersama dengan Emran. Jika ada,pasti aku menolak kerana aku dah menemui lelaki yang lebih hebat daripada Emran iaitu lelaki yang sekarang berada betul-betul dihadapan aku.
**
Ibu memandang aku tajam. Dia betul-betul marah melihat aku berbual dengan Emran. Eh,ibu..Dila bukan berjumpa dengan dia tapi terserempak dengan dia. Apa salahnya berbual dengan sahabat sendiri. Alah, tak kan lah ibu pun ada stigma yang tidak baik pada anak sendiri. Kata kandungkan aku 9 bulan. Mestilah tahu apa yang aku mahukan dalam hidup ini.
Tak terfikir pun nak buat hubungan terlarang dengan suami orang.
Ayah yang baru keluar dari bilik mengerutkan dahinya. Hairan melihat wajah ibu yang mencuka. Sedap lagi cuka kalau dibandingkan dengan wajah ibu sekarang ni.
“Apa lagi ni ibunya?”soal ayah yang kehairanan melihat perubahan mood ibu.
Aku yang mendukung Ajmi hanya buat-buat tidak perasan dengan perubahan ibu. Tahu sangatlah yang dia tengah marah. Hisyh! Malasnya.
Ibu memandang ayah dan menjuihkan bibirnya ke arah aku yang lebih senang mendiamkan diri. Ayah menoleh memandang aku. “Ha! Apa lagi ni Dil. Tak habis-habis lagi ke? Laki orang tu nak.”ujar ayah sengaja mahu mengambil hati Ibu.
Aku tahulah taktik lelaki ini. Dia dalam diam sudah berpakat dengan aku. Mahu mengiakan sahaja kata ibu. Katanya tak tahan dengan mulut ibu yang ‘pot pet pot pet’ bising mengenangkan hubungan aku dan Emran yang kini kembali jernih.
Aku mencebik.
“Alah, tadi terserempak dengan dia tepi pagar. Dia tegur tak kan lah Dil nak menyombong. Lagipun isteri dia ada jugak lah bu. Mak dia pun ada bu. Sibuk dukung cucu dia.”suara aku kuat memberi penerangan.
Ayah tersenyum kecil. Kepalanya digelengkan. Salah faham lagi! “Dengar tu yang. Bukannya anak kita ni mengatal dengan suami orang pun. Kalau ya pun dia tetap nak juga si Emran tu apa salahnya. Kalau dua-dua masih simpan rasa sayang, kita jodohkan aje. Lelaki,ada 4 kuota. Satu dah isi,boleh isi lagi tiga.”usik ayah selamba.
Betul lah tu! ada 3 lagi kosong. Aku tersenyum geli dalam hati. Sanggup ke nak bermadu dengan Yasmin. Eh! Tak kuasa aku.
Ibu memandang tajam wajah ayah. Ayah masih lagi tersenyum. “Tak gitu Cik Puan?”usikkan ayah sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya. Wajah yang tampan itu kelihatan seperti karekter cartoon yang diminati Ajmi. Aku tergelak kecil. Ibu turut geli hati. Sama-sama ketawa.
Ibu dah tersenyum Senang hati tapi membayangkan Naim yang masih lagi melancarkan mogok tidak mahu menemui aku dan menghubungi aku. Tak apa. Jual mahal eh. Sendiri rugi!
**
Rehan menyandarkan badannya di kepala katil memandang aku yang masuk ke dalam bilik dengan wajah yang berkerut. Aku membalas pandangan. Apa lagi ni. Asyik berkerut je muka. Aku mengeluh.
“Apa?”soal aku malas. Badan yang letih ini sepanjang hari menjaga Ajmi aku letakkan di atas katil dengan keluhan berat. Penat juga menjaga anak kecil ini. Walaupun baru berusia setahun dua bulan tetapi lincahnya bukan main. Panjat sana,lari sini. Sampaikan ibu sendiri menaikkan bendera putih untuk bermain dengannya.
Rehan tersenyum sahaja. Novel di tangannya diletakkan ke atas meja lampu disebelahnya. “Fikri,dia terserempak dengan abang Naim petang tadi.”ujaran Rehan lansung tidak menarik perhatian aku.
Nampak dia dengan perempuan lain? Lantaklah!
Nak belagak dengan aku. Nak tunjuk yang dia pun ada orang suka. Eh! tak kuasalah nak layan. Jenaka spontan yang menyakitkan hati.
“So?’duga aku sengaja mencipta suasana tidak senang.
Rehan mengeluh. “Berapa hari Kak Dil tak jumpa dia. Dah kurus Kak Dil tahu. Muka macam rindu Kak Dil je.”sambung Rehan.
Aku mencebik. Rindu? Dalam mimpilah dia nak rindu aku.
“Yelah. Kau percaya la semua tu. Abang Naim kau tu memang dah kurus. Kata dia banyak tekanan. Nak menyindir Kak Dil la tu. Macam Kak Dil ini banyak bagi dia tekanan.”balas aku dengan perasaan yang sakit hati.
Eh ! sakit hatilah. Menuduh aku masih lagi aku perasaan pada Emran. Melampaulah tu. Sengaja nak bakar diri.
Rehan mendengus. Wajah aku dia pandang lama. “Kak Dil ni kan. Kenapa degil sangat. Keras kepala la pulak. Kak Dil ni macam budak-budak tahu tak. Abang Naim entah-entah tak ada niat nak cakap macam tu. Terlebih berimaginasi la Kak Dil ni.”ujar Rehan memandang aku tajam.
Aku mencebik memandangnya. Biarlah! Nak jadi budak-budak apa aku kisah. Hati panas lah! “Kau tak tahu diam-diam je la.”ucap aku sebelum meletakkan kepala di bantal. Mata ini terus aku tutup rapat.
Rehan hilang kata-kata. Terasa dengan perbuatan aku? Lantak! “Keras kepala lah dia ni! Sabar je lah!”ujar Rehan sebelum dia juga cuba melelapkan mata. Melihat Rehan tidak lagi bergerak , aku bangkit dari baringan.
Kata-kata Rehan sebentar tadi membuatkan aku berfikir dua kali.
Aku ni degil , keras kepala , budak-budak? Mana adalah! Aku cuma sensitive je! Naim yang tak sensitive dengan perasaan aku. Aku perlahan-lahan menuju ke meja kerja ku. Beg kertas pemberian Naim aku buka dengan hati yang berat. Sudah 3 hari tidak berbual dan bertemu dengan dirinya.
Terasa kosong tiba-tiba.
Selendang berwarna ungu aku letakkan di atas kepala. Cuba memakainya. Lawa! Manis bak kata ibu yang pernah menyuruh aku menutup aurat di kepala. Aku hanya tersenyum ketika itu.
Terselit sekeping kad di dalam beg kertas itu. Berbentuk bulat. Macam bola sepak je. Perlahan-lahan aku baca dengan perasaan yang berbaur.
You,
I tak tahu macam mana nak berterus terang dengan you yang I sangat memerlukan you. I tak tahu bagaimana nak katakan yang I sentiasa menyayangi you. I betul-betul serius bila I ajak you kahwin. I nak kahwin dengan you. I Megat Naim,nak kahwin dengan you. Dengan YOU!
Yang menantikan jawapan daripadamu,
Orang yang cinta you,
Megat Naim.
Aku membaca setiap patah perkataan itu dengan hati yang berat. Dia hulurkan rasa sayangnya. Dia hulurkan rasa cintanya. Dia hulurkan kata-kata yang aku impikan daripada Emran pada masa dahulu. Apa yang tidak dihulurkannya. Sama ada aku sedar ataupun tidak,dia tidak pernah mengungkit kecuali perasaan aku pada Emran. Itu sahaja lah modal dia untuk mengenakan aku.
**
Membawa Ajmi ke taman setiap petang adalah salah satu aktiviti aku sementara bercuti lagi. Abang Izwan dan Kak Hanim mahu mengambil Ajmi tetapi dihalang ibu. Ibu mahu Abang Izwan dan Kak Hanim berusaha lagi mendapatlan anak kedua mereka.
Tersenyum malu Kak Hanim apabila mendengar kata-kata Ibu. Ibu ni memang sengaja mahu mengenakan Kak Hanim. Malu kak ipar aku. Ajmi yang berjalan perlahan aku pimpin dengan berhati-hati. Takut jatuh tercium tanah pula.
Dari jauh aku melihat Yasmin dan anaknya, Saufi. Yasmin tersenyum melihat aku yang terkedek-kedek berjalan bersama anak saudara aku ini. Baik lah pulak nak tersenyum dekat aku. Ada apa-apa ke?duga aku dalam hati.
“Yasmin.”tegur aku lembut.
Dah orang senyum. Kita pun senyumlah. Tak pasal-pasal dicop sombong pulak.
Ajmi aku biarkan bermain sekitar taman permainan. Dia sudah mampu bermain. Lincah dia berlari sana-sini. Tiada sesiapa yang percaya dia masih lagi berumur setahun 2 bulan. Aku juga tapi itulah kenyataan.
“You bila nak jadi dengan Dr.Naim?”soalan cupu mas daripada Yasmin aku jawab dengan senyuman. Malas nak buat penerangan. Alah,sibuklah!
“Erm..Kami sibuk dengan hal masing-masing. Tengok lah.”jawab aku lambat. Kenapalah dalam hati ni masih lagi berfikir buruk tentang wanita ini?
Yasmin tersenyum. Anaknya yang berada dalam dukungannya ditatap lembut. Comel anak kecil ini. Wajahnya menyerupai Emran. Mudah-mudahan perangainya lebih sempurna daripada Emran.
“Jangan lambat-lambat. Nanti dikebas orang.”ujarnya lembut disamping senyuman penuh makna daripadanya.
Eh! ye ke? Macam kau kebas Emran daripada aku? Percayalah,tiada sesiapa lagi boleh merampas orang yang aku cintai daripada aku. Megat Naim hak aku. Bisik aku dalam hati.
Aku tersenyum. “Insya_Allah. Kalau jodoh itu daripada Allah tanpa ada muslihat disebaliknya tak kemana Naim tu.”ujar aku selamba mengenakannya. Berubah wajah Yasmin ketika itu. Alah,macamlah aku tak tahu yang kau perangkap Emran untuk mengahwini kau? Emran pula bodoh terperangkap dengan lawak yang kau laksanakan. Sendiri mahu ingat la.
Senyuman sinis aku berikan. Dianugerahkan kepada Yasmin. Rasakan!
**
Suasana rumah yang gamat dengan kehadiran adik-beradik serta keluarga Kak Hanim yang bertandang ke rumah membuatkan aku tidak senang duduk. Kehadiran Naim yang aku nantikan tidak kunjung tiba. Manalah pulak mamat ni. Sengaja betullah!
Rehan yang berbual bersama Irfan dan tunangnya,Fikri aku pandang dengan perasaan yang sebal. Kenapa asyik aku je yang ketinggalan. Bengang bermukim di hati ini. Aku melangkah masuk ke dalam bilik dengan hati yang panas. Aku berbaring dengan menyelimut seluruh badan. Tiba-tiba terasa panas la pulak terus aku buka kain selimut yang tebal. Leceh la!
Dahi aku dikerutkan. Geram! Naim! Mana kau ni!
Aku memandang pintu bilik yang terbuka itu diketuk. Masuk je la. Tak payah main-main ketuk. “Rehan jangan kacau lah. Kak Dil penat.”ujar aku sedikit meninggi. Tiada sesiapa yang akan naik ke tingkat atas dan mengetuk pintu yng dah terbuka sedikit ini jika bukan Rehan.
Sepi,tiada jawapan daripada Rehan.
Dah turun ke? Soal aku dalam hati. Lantaklah!
“Nak tengok muka I pun penat ke?”suara yang sering aku nantikan itu kedengaran di muka pintu. Pantas aku menoleh. Eh! Naimlah!
Aku terus bangkit dari atas katil. Naim! Betullah! “Eh you!”ucap aku setelah sekian lama tidak berjumpa dengannya. Rindunya! Teruja!
Naim tersenyum. “Rindu lah tu.”usiknya selamba. Dia masih lagi berdiri di depan pintu bilik. Tidak berani mahu melangkah masuk. Dia tahu batasnya. Aku pantas menuju ke arahnya. Mahu sahaja badannya aku peluk erat namun aku sedar batas-batas antara kami. “Itulah,marah I lagi. Last-last rindu I jugak.”sambungnya mahu mengusik aku lagi. Aku mencebik. Nak mengungkit ke!
“Mana ada I marah you. You yang terasa.”ujar aku mahu menegakkan keadilan.
Dia hanya ketawa senang. Dia memandang wajahku tanpa mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Do you know how much I miss you ? I miss you , miss you , miss you tau.”ujar Naim mahu mencambahkan suasana romantic antara kami. Aku hanya tersenyum senang. Aku tahulah dia rindu. Aku pun rindu jugak.
Aku menolak badannya ke tepi supaya aku boleh bergerak keluar dari dalam bilik. Dia hanya bergerak sedikit namun cukup untuk aku melepasinya.
“You rindu I ye? I tak tahu pulak. I ingat I je yang rindu you.”usik aku pula. Sengaja mahu mengusiknya. Sudah lama tidak melihat dia seceria ini. Sudah lama aku kehilangan senyumannya.
Naim tersengih. “Eh,dia pun rindu kita la.”Naim tergelak kecil. “I ingat I sorang je yang rindu you.”balas Naim dengan wajah yang ceria.
Amboi..aku baru kata rindu dah kembang.
**
Naim memandang aku atas dan bawah. Sesekali matanya terhenti di perutku. Ada masalah ke? Duga aku dalam hati. Ye! Tahulah aku dah buncit sikit. Mana tak nya..duduk seminggu di rumah bersama Ajmi. Dia makan,aku makan. Dia tidur aku pun ikut tidur. Ha! Inilah hasilnya.
Aku tersengih malu. Faham dengan sengihan malu itu dia hanya mengeleng dengan tawanya. Ada mata-mata yang perasan gelak tawa Naim. Kuat sangat ke sampai tak terpusing kepala nak memandang. “You ni. Seminggu cuti dah jadi macam ni. Cuba kalau dah tak kerja..macam mana lah rupa you nanti.”usiknya sambil tergelak kecil.
Aku memandangnya dengan wajah yang masam. Alah! Sibuk. “Sibuk lah you. Suka hati I la. I ni kurus sebab tension banyak kerja dekat office tu. Minggu depan I masuk office balik. Well, nanti kurus lah.”jawab aku selamba.
Ye! Aku kurus pun sebab tiada masa untuk makan. Asyik kerja,kerja dan kerja. Ada chance nak makan. Makan je lah! Rezeki jangan ditolak ye tak?
Naim memandang aku dengan senyumannya. Air kopi di cawannya dihirup perlahan. Panas! Matanya masih memandang aku yang buat-buat bodoh dengan pandangnya. Nak pandang? Tak luak lah.
“Naim,pasal lamaran you hari tu..I nak you sendiri cakap pada ayah dan ibu. I tak nak membelakangi mereka. Kalau ayah dan ibu setuju. I terima lamaran you.”usul aku membuka ruang supaya kami boleh berbual mengenai masa depan kami. Siapa yang akan menentukan masa depan kami jika bukan kami berdua.
Mata aku memandang Naim yang mencari wajah aku yang tertunduk. Perlahan-lahan dia melepaskan nafasnya. “Kalau ayah dan ibu tak terima I?”soalnya penuh sangsi. Ayah dan ibu tak terima Naim? Tak percayalah aku. Orang tua tu dah berkenan sangat dengan lelaki ini. Mana boleh ditolak. Bak kata Rehan,kalau boleh nak buat jiran.
Aku menelan air liur. Kelat rasanya. “Kalau dia orang tak terima,kita nak buat macam mana lagi. Terima je la.”jawab aku selamba. Mata ini tajam memandangnya.
Dia tersengih sahaja mendengar jawapan aku. Muka macam confident je mamat ni. “Ye ke? Maksud you kalau ayah dan ibu bagi green light kita kahwin la ye.”soalnya menginginkan kepastian.
Aku hanya mengangguk.
” Okey! Maknanya kita dah boleh kahwin la. By the way Pn.Megat Naim Megat Idrus,mama I dah pun jumpa keluarga you. Kalau tak silap I lah kan..si Emran lelaki yang you sayang tu pun dah tahu hal ni. You rasa you dah 100 percent lupakan dia ke? Oh wait I silap. You rasa dah boleh lupakan dia 110 percent ke or you still need 20 years untuk lupakan dia?.”keningnya diangkat-angkat.
Aku yang mendengar butiran kata-katannya tersentap.
Amboi! Ada hati nak kenakan aku jugak tu!
Aku tersengih sahaja. Malas nak gaduh. Betullah apa yang Naim katakan. Aku tak boleh lupakan lagi Emran. Lagi.Lagi.
“Yelah. I ni memang pencinta yang setia. Perlukan 20 tahun untuk lupakan orang yang I sayang. You rasa macam mana ek. You ada ubat yang boleh bagi I telan untuk I lupakan Em? Secara total?”soal aku selamba.
Ambek! Nak mengungkit lagi kan?
Naim memandang aku. Mungkin terperanjat dengan jawapan daripada aku.
Mulutnya mencebik. “Pencinta setia? Bunyi macam nak buka pekung di dada je.”ulas Naim. Dia memandang aku atas bawah.
Eh dia ni! Angin je aku tengok. Tak puas hati lagi ke? Emran tu ZERO pada aku. KOSONG. No more feeling towards him. Tak faham ke? Aku mendengus keras. Alah! Geram lah. “Eh you!”suara aku kedengaran kuat sehingga menarik perhatian Irfan dan Fikri yang masih berbual bersama abang Izwan dan Rehan.
Mata mereka memandang dengan pandangan yang keliru. Alamak! Terkuat la pulak!
“Gaduh lagi ke Naim?”soal Abang Izwan yang tidak putus menguntum senyuman. Ajmi yang berada di pangkunya leka menikmati roti jala di tangan kiri dan kanannya.
Naim tersengih. Aku yang dipandangnya turut diberikan senyuman itu. Alah! Nak tunjuk muka suci ke? Fikir aku tergoda? Rehan dan Fikri menyimpan senyuman mereka. Fikir aku ni buta tak nampak apa yang kau orang semua sorokkan. Mengumpat aku dalam hati lah tu.
Aku bangun dari tempat duduk. Malas lah nak gaduh lagi. Cakap pun tak guna. Asyik nak buka cerita lama. Lama sangat sampaikan perasaan aku pada Emran terhapus sama sekali dengan kehadiran Megat Naim. Itu pun tak nampak ke?
**
Seminggu aku sibuk sehingga tertidur di office. Banyak pelan-pelan dan reka bentuk dalaman rumah tergendala apabila aku bercuti. Dahlia pula tidak menang tangan untuk menguruskan semua yang diperlukan untuk setiap reka bentuk yang memerlukan perihatiannya. Aku mengeluh kesal.
Argh! Menyesal aku minta cuti.
Datin Maemunah dah bising. Nak melihat rekaan yang direka untuk halaman rumahnya. Dia mahukan yang fresh! Ada! Semuanyanya ditolaknya. Kesian Razif yang berusaha memenuhi cita rasanya alih-alih di tolak mentah-mentah. Datin ni..buat semua orang ribut. Kalau semua pelanggan sepertinya. Bankrap syarikat.
Handphone yang berbunyi aku angkat laju.
“Ye Naim. Anythings?”soal aku laju.
Tiada masa untuk melayannya. Nak membangkitkan rasa geram aku lagi ke atau sengaja mahu bertanya khabar setelah seminggu tidak bertegur sapa. Jika terserempak dia hanya menghulurkan senyumannya. Aku pula tidak mahu bertindak melebihinya. Dia senyum,aku senyum juga.
Naim kedengaran senyap. Talian itu mengandungi pelbagai soalan di benak ku. Tidak pernah Naim menelefon ku tetapi dia hanya sunyi tanpa kata-kata. Aku memberikan sepenuh perhatian kepadanya. Aku bangit menuju ke sofa di dalam bilik kerja ku. Perlahan-lahan aku melepaskan nafas ku.
“Naim. Are you okey?”soal aku lagi.
Kemudian barulah dengar keluhannya. Hanya keluhan kemudian dia kembali sepi. Aku pula yang mengeluh. Apa lah pulak ni? Banyak lagi kerja. Nak melayan dia satu kerja lagi. Buang masa je lah. “Tell me Naim. What the problem? Why you keep silence. I ada banyak kerja ni. You sure tak nak kongsi dengan I ?”aku cuba menarik perhatiannya.
Tiba-tiba aku terasa sepertinya dia tiada di talian. Dia matikan panggilan? Dalam sekelip mata je? Tak guna punya mat! Hisyh! Kenapa lah pulak ni? Aku cuba mendail nombornya kembali tetapi panggilan itu ditolak mentah-mentah. Amboi! Berani pulak dia ni. Aku call jual mahal. Tak nak angkat! Tak pe. Suka hati lah!
**
Kereta Naim tersidai di perkarangan rumah Mamanya,Datuk Sharifah Anisah. Apabila aku menelefon mamanya menanyakan keadaan si Naim,Mamanya hanya mengeluh berat. Apa lagi ni? Masalah terbaru apa yang aku ter ‘miss’ ni? Bersalam dengan Mama Anisah dia hanya menjeling tingkat atas banglonya. Menunjukkan tempat Naim menyorokkan dirinya.
“Naim.”panggil aku perlahan dari luar biliknya. Pintu biliknya aku ketuk sedikit kuat. Mahu menyedarkan dirinya. Manalah tahu kalau-kalau dia tengah membuta senja-senja hari. Namun tiada tidak balas daripadanya. Sekali lagi aku mengetuk pintu sambil namanya aku panggil dengan kuat.
Aku mendengar pergerakkan dari dalam bilik. Perlahan-lahan pintu baliknya di buka. Aku yang melihatnya yang masih menyarung baju kemeja dan seluar slacknya mengangkat kening. Pelik! Matanya kelihatan layu. Tak makan ke?
“Kenapa you datang?”soalannya membuatkan aku sedikit terasa.
Aku memandangnya tajam. “I dah tak boleh datang ke?”soal aku kembali.
Dia hanya tersenyum sinis. 2″Ikut suka hati you la.”jawabnya selamba.
Jawapannya membuatkan aku bengang. Dia yang melangkah masuk ke dalam biliknya dengan wajah yang selamba menambahkan lagi sakit hati aku. Eh dia ni! Setan apa dah rasuk badan dia ni. Sampaikan dengan aku pun dia buat-buat bodoh? Bodoh!
Aku turut sama melangkah masuk ke dalam biliknya. Lantaklah nak kata apa tapi dia ni lelaki aku. Jadi aku punya suka lah!
“Hei You. Apa dah jadi pada you?”soal aku sedikit terasa dengan caranya menyambut kedatangan aku. Macam aku ni tidak diundang. Kalau tak diundang pun,aku ni masih tetamu. Dalam islam,tetamu membawa seribu rahmat. Hormatilah aku sikit! Tak pasal-pasal tak dapat rahmat Allah pulak!
Dia mendengus kecil. Kecil hati aku!
“Dila,siapa sebenarnya I pada you?”pertanyaan maut daripada Naim membuatkan kening aku mula bertaut. Alamak,soalan jenis apa ni?
Aku memandangnya yang duduk dibirai katil. Aku yang berdiri dihadapannya dipandang tajam. “Soalan apa ni? You masih sangsi dan syak wasangka dengan perasaan I pada you ke Naim?”soal aku penuh kelembutan.
Aku tidak mahu hanya dengan soalan ini aku boleh kehilangannya. Janganlah lelaki ini meninggalkan aku. Tiada lagi semangat yang tinggal untuk aku kumpulkan selepas kehilangannya.
Naim mendengus lebih keras.
“You memang tak pernah tahu apa sebenarnya perasaan I kan. You tak pernah cuba pun untuk tahu. You memang sengaja atau you memang mengada-ngada dengan I. You nak mempergunakan I untuk melupakan Emran kan?”
Aku tersentak!
Apa ni! Apa sebenarnya maksud dia ni!
Aku memandangnya. Terduduk aku apabila dia mengalihkan pandangnya daripada wajah ini. Aku cuba mencapai tangannya.namun dia menepis keras. Sombong! “I tak tahu apa sebenarnya yang menganggu fikiran you. I jelas dengan perasaan I sendiri. I tak ada niat nak mempergunakan you. I tak perlukan you untuk lupakan Emran.”jawab aku cuba membetulkan keadaan.
Lelaki ini sudah tersilap. Dia silap!
Naim tersenyum sinis. “Habis I ni untuk apa Dila? Boneka you untuk menunjuk-nunjuk pada Emran yang you punya seseorang bagi mengantinya dalam hati you?”soalnya lagi.
Melampau! Siapa yang dah cucuk jarum dalam kepala otak lelaki ini.
Aku mengeluh. Matanya aku pandang dengan pandangan yang penuh kata-kata yang tersirat.
“Naim,you sememangnya tak memerlukan kata-kata sayang daripada I kan. You memang dah tak boleh nak terima apa sahaja penerangan daripada I. Apa yang I cakap semuanya bohong pada you kan? Jadi untuk apa I nak berterus terang mengenai perasaan I? I bukan lagi gadis remaja yang memerlukan cinta persingahan. I memerlukan cinta sejati Naim. Cinta dari you.”
” You pun tahu orang yang I cintai itu adalah you. Kenapa nak mengungkit cerita lama. Emran sejarah bagi I dan kerana perangai Emran yang tidak setia itulah membuatkan I rasa you begitu sempurna untuk I percaya. Untuk I sayang dan untuk I cinta. You tak nampakkan semua itu Naim. Bagi you I masih lagi cintakan Emram.”luah aku sedikit berani.
Naim masih lagi memalingkan pandangannya daripada aku.
Dasar keras kepala!
Nak merajuk! Siapa yang mengada-ngada! Aku atau dia!
“You tak payah lah nak tipu perasaan you dan I lagi. Dila, I tak perlukan pembohongan daripada you. Be honest dah cukup untuk hubungan kita.”ujarnya selamba. Kini barulah dia memandang mata aku.
Aku pula yang mendengus geram.
“Siapa yang tabur fitnah tentang perasaan I pada you. You yang sepatutnya lebih jujur dengan I.”balas aku memandangnya tajam.
Aku malas lagi mahu menerangkan perkara sebenar kepadanya. Tak masuk dek akal fikirannya. Degil sangat!
Naim tersenyum sinis. Senyuman itu menikam perasaan aku. Sakit sungguh! “Siapa yang you rasa nak hentikan cita-cita you yang ‘murni’ tu. Siapa lagi yang bertanggungjawab untuk menegakkan dan melindungi haknya?”duga Naim masih memadang aku tajam
Aku mengerutkan dahi. Siapa yang dengki sangat dengan hubungan kami? Siapa? Tak sedar diri! Memang nak kena buku dan luas. Baru sedar agaknya!
**
Wajah Emran ceria menyambut kedatangan aku dan Naim aku tidak hiraukan. Terus sahaja aku melangkah mendapatkan Yasmin yang sedang berbual dengan Mak Ijah,ibu mertuanya. Wajah Yasmin berubah kelat menyambut kedatangan aku dan Naim.
Muka pesalah! Takut? Rasakan!
Emran yang kehairanan maju melangkah mendapatkan aku yang sedang bersemuka Yasmin tanpa bersuara. Naim yang masih berada di depan pintu rumah melangkah masuk dengan perasaan yang berbelah bagi.
Ibu dan ayah meninjau dari pagar rumah. Mungkin tidak mahu campur tangan dalam masalah sebenar yang melanda kami. Wajah Naim aku jeling penuh bengang. Bengang memang bengang,siapa yang tidak bengang! Naim seperti meragui setiap tindak-tanduk aku. Itu sesuatu yang tidak baik untuk hubungan kami.
“Dila,kenapa ni?”soalan Emran aku biarkan sepi.
Aku melihat Naim lansung tidak cuba untuk bersuara.
Perlahan-lahan aku berjalan ke arahnya. “You tak percaya hubungan I dan Emran hanya sebagai sahabat ke? You sendiri tahu yang Emran suami orang dan ayah kepada Saufi jadi kenapa you harus mengungkit hubungan antara kami?”soalan itu aku berikan kepadanya untuk difikirkan.
Aku memandang Emran dan mengeluh.
“Emran,kita sahabat sehingga mati kan? Sayang antara kita hanya sebagai sahabat. Tak salah untuk aku menyayangi kau seperti mana aku menyayangi Idham. Sayang aku untuk kau selamanya.”ujar aku penuh hormat. Perkataan sahabat itu aku tekankan. Aku tidak mahu dia salah faham dan mereka yang lain mentafsir sebaliknya.
Emran hanya tersenyum. Lega aku melihat senyumannya.
“Aku tahu Dil. Perasaan aku pada kau sememangnya hanya sebagai sahabat. Hubungan kita sehingga mati. Kita bersahabat daripada kandungan lagi. Kau, aku dan Idham.”ulas Emran kemudian tersenyum senang.
Lega! Emran juga menyatakan perkara sebenar. Aku melihat wajah Naim sedikit tenang. Mungkin lega dengan kata-kata Emran. Wajah Yasmin pula aku pandang penuh perasaan geram! Benci aku pada wanita ini! Memalukan diri dan keluarga!.
Wajah Mak Ijah aku pandang penuh simpati. Dia juga cuba meninggalkan kami berempat. Saufi di dukungan Emran diambil untuk naik ke tingkat atas rumah. “Yasmin,apa yang you harapkan daripada I? I tak ada niat lansung untuk rosakkan hubungan you dan Emran. Emran milik you dan you dah ada Saufi sebagai pengikat hubungan you dan Emran. Siapalah I untuk rosakkan hidup anak kecil itu. I tak mahu dia hidup tanpa ayah. I mahu dia juga membesar seperti I. Mempunyai keluarga yang sempurna untuk dia dapatkan kasih sayang.”ujar aku penuh sopan.
Walaupun panas dengan sikapnya yang suka-suka hati memberikan kata-kata nistanya kepada Naim mengenai perasaan aku. Siapa dia yang tahu apa sebenarnya yang bermukin di dalam hati ini. Aku dan dia? Bertegur pun susah!
Yasmin memandang aku tajam.
Matanya seperti menyimpan dendam.
“You kata you tak ada niat? Boleh ke I percaya padahal setiap pagi you dan Emran berbual seperti I tiada di sisinya. Seperti I halimun.”ujar Yasmin menegakkan kata-katanya kepada Naim.
Naim memandang aku meminta penerangan.
Kedengaran Emran mengeluh kesal. Dia berjalan merapati Yasmin.
“Mine,apa yang Mine cuba katakan ni? Abang dan Dil cuba untuk merapatkan kembali jurang antara kami. Kami mahukan persahabatan kami dahulu. Mine sepatutnya faham tindakan abang.”pujuk Emran. Selebihnya dia memberikan penerangan yang jelas kepada Naim juga.
Naim hanya diam. Dia tidak bersuara.
Yasmin mendengus.
“Abang cuba jujur pada semua. Apa sebenarnya yang abang cuba sorokkan? Perasaan abang dan hati abang pada Adila. Abang tak pernah cintakan Mine. Mine cuma mahu mempertahankan hak Mine.”balasnya menunjukkan amarahnya.
Aku mendengus geram. Gila lah dia ni!
“Mine,kehadiran Saufi tidak cukup untuk membuktikan betapa dalamnya rasa sayang abang pada Mine ke? Tak kan itu pun Mine tak dapat nak faham. Buat apa abang menerima Saufi dalam hidup abang jika mamanya juga abang tidak sayang. Mine,buka mata sayang. Abang milik Mine. Saufi bukti cinta abang pada Mine. Pada keluarga kita yang baru dibina ini.”ulasnya panjang berjela.
Aku melihat mata Yasmin bergenang. Tersentuhkah dia dengan kata-kata Emran. Memang tidak aku nafikan yang Emran lebih romantic daripada Naim tetapi hati aku hanya untuk Megat Naim ketika ini.
Aku menolehkan pandangan mencari Naim. Naim yang ketika itu memandang aku menghantar pandangan yang sarat dengan rasa penyesalan. Rasa menyesal meragui cinta aku? Sendiri cari pasal! Lebih percayakan orang lain daripada aku kan? Padanlah muka. Sakit cari sendiri.
Aku melihat Emran cuba memujuk Yasmin yang masih menunjukkan wajah kesangsiannya. Sudah-sudah lah! Dah ada anak pun masih tak faham antara satu sama lain ke? Lepas tu menyusahkan hidup aku.
“Dila..Naim, I minta maaf.”suara Yasmin membawa aku kembali ke dalam situasi yang penuh ketegangan ini.
Aku menoleh memandang Naim. Dia hanya sepi. Aku menoleh kembali memandang Yasmin dan Emran. Berat sungguh rasa hati ini untuk memaafkannya setelah apa yang telah dia lakukan pada aku. Aku menarik nafas panjang.
“Yasmin, I tak percaya yang you masih tidak percayakan I dan Emran. Kenapa harus mempersoalkan rasa sayang yang ada dalam hati Emran untuk you. Bukankah Emran hak you. I tak ada hak pada dia dan I tak pernah ada niat untuk kembali mendapatkan rasa sayang Emran pada I sebab I mahukan seseorang yang boleh setia hanya pada I seorang.”aku meluahkan perasaan ini supaya Yasmin dan Naim mengerti perasaan aku yang selama ini aku diamkan sahaja.
“You beruntung mempunyai Emran sebagai suami you. Dia berkerja keras untuk mengekalkan hubungan you all suami isteri. I ada Naim dan I akan menjadi seperti Emran. I mahu berusaha mengekalkan hubungan I dengan orang yang I cinta kerana dia lelaki yang I perlukan.”sambung aku sambil memandang Emran dan Yasmin silih berganti. Mulut ini aku sulamkan dengan senyuman.
Aku mahu Naim mengerti perasaan aku.
Mahu dia mendapat gambaran sebenar hubungan aku dan Emran.
Tiada lagi salah faham.
Tiada lagi situasi ungkit-mengungkit.
“I minta maaf kalau hubungan I dan Emran membuatkan you salah faham. I ikhlas berkawan dengan Emran. I tak ada niat. I minta maaf kalau you terasa dan I maafkan you.”ujar aku penuh kelembutan.
Aku mahu dia tahu yang aku ihklas memaafkannya.
“Dil,terima kasih. Aku sayangkan kau macam dulu. Kita sahabat. Kita adik-beradik dan akan kekal menjadi abang dan adik.”ulas Emran pula. Dia memandang Yasmin dengan senyuman lega. Lega kerana dapat meluahkan kata-kata hatinya.
Aku tersenyum. Wajah Naim aku pandang penuh kesabaran.
“Naim,you masih nak I lagi kan? Emran dah ada Yasmin.”soalan aku membuatkan Emran tergelak kecil. Naim memandang aku kemudian mengeluh berat.
Dia memandang aku dengan pandangan yang mengharapkan kemaafan. “I ada pilihan lain ke?”soalannya membuatkan aku sedikit tersenyum.
Amboi! Soalan macam merendahkan diri aku. Aku ni THE GREAT tau!
Aku mencebik geram.
“Tak nak sudah tapi I nak you. You kan lelaki I. Tiada sesiapa yang boleh rampas you dari I macam Emran. You sampai mati pun I yang punya. I punya sorang je!”ujar aku sambil tergelak kecil melihat Yasmin.
Wajahnya merah. Terasa? Biarlah. Memang aku sengaja pun. Emran pula masih tersenyum. Banggalah ! macam dirinya begitu berharga. Menjadi rebutan ramai.
Kening Naim terangkat mendengar jawapan aku. Aku tergelak kecil. Biarlah,tiada lagi malu untuk berterus terang. Jangan ada lagi perkara yang diselindungkan. Hanya pamerkan kejujuran dan keikhlasan.
Megat Naim,kau dengar apa hati ini bersuara? Aku cintakan kau Naim. Cinta ini bukan boleh bayar dengan darahmu,bukan juga boleh dinilai dengan nyawa mu tetapi hanya boleh dibayar dan dinilai dengan kasih sayangmu. Aku hanya sayangkan kau!. Kau lelaki aku. Hanya untuk aku.
Melihat dia tersenyum aku turut tersenyum. Senyuman itu hanya untuk aku. Cintanya.
~TaMaT~
Jumaat, 12 Mac 2010
cErPen by AdInDa sEmOgA tErHiBuR..
Dicatat oleh eizahafiza88 di 11:03 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan